UNISZA DAN AVATCOM INTERNATIONAL SDN. BHD. METERAI MOU, BAKAL MEWUJUDKAN PLATFORM DIGITAL KEUSAHAWANAN SENI

 

WhatsApp Image 2021 09 28 at 12.18.40 PM

WhatsApp Image 2021 09 28 at 12.18.40 PM1

 

Memorandum Persefahaman Antara Universiti Sultan Zainal Abidin dan Avatcom International Sdn. Bhd.

Selari dengan moto ‘Bakat Disemai, Warisan Terpelihara’, Pusat Kesenian dan Warisan (PKW), UniSZA bakal mewujudkan Galeri Seni Digital melalui kerjasama dengan Avantcom International Sdn. Bhd.

Terdahulu PKW telah mewujudkan satu galeri berbentuk fizikal iaitu Galeri Sanggar Seni yang mempamerkan beberapa khazanah seni dan warisan seperti koleksi Tanjak Songket, Karya Persatuan Pelukis Terenggganu (PeTer), alat muzik Gamelan Melayu dan koleksi Pusat Kreativiti Lambo Sari. Tidak ketinggalan juga beberapa koleksi karya eksklusif hasil bidikan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sejajar dengan kehendak industri dalam era mendepani dunia pendigitalan yang semakin rancak, usaha digiatkan lagi dengan mendigitalkan karya-karya yang ada sekaligus memberi peluang dan ruang kepada semua penggiat seni untuk menjana ekonomi melalui aktiviti pamer dan jual-beli secara dalam talian. Semestinya pelaksanaan ini memerlukan pengurusan platform yang baik dan berpengalaman.

Avantcom International Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat E-Commerce dan Peruncitan dalam pemasaran produk halal bertaraf antarabangsa. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Avantcom International Sdn. Bhd; Puan Farhana Abdullah, pihaknya telah mencadangkan untuk memeterai satu perjanjian persefahaman dengan UniSZA dalam bidang Keusahawanan Seni yang bukan sahaja melibatkan penganjuran acara bersama-sama seperti seminar, bengkel dan kursus di kalangan pelajar dan staf malah ia akan turut melibatkan pertukaran dan perkongsian kepakaran teknikal dan konsultasi dalam bidang pemasaran dalam talian secara global.

Majlis MoU yang berlangsung pada 21 Mac 2021 ini cukup bermakna dan sederhana turut disaksikan oleh Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu; Dato’ Yahaya Ali, Naib Canselor UniSZA; Prof.Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni); Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh dan Pendaftar UniSZA; Ismail Musa

 

tas/ppk/pkw/16062021