PERTANDINGAN POSTER HARI MALAYSIA ANJURAN KELAB ASTANATARI GAMELAN

Kelab Astanasari Gamelan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Pertandingan Poster Hari Malaysia pada 5 - 10 September 2021 secara atas talian dengan menggunakan media sosial iaitu Instagram. Tujuan pertandingan poster ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar UniSZA dan orang ramai selain melahirkan bakat – bakat hebat dalam berkarya. Selain itu, tujuan pertandingan ini diadakan juga untuk mengisi masa lapang para peserta ketika musim PKP.

            Pertandingan yang diajurkan telah disertai oleh pelajar UniSZA sendiri dan peserta luar UniSZA. Pernyataan pertandingan poster hari Malaysia telah mendapat sambutan dengan penyertaan yang diterima adalah seramai 40 orang. Program ini telah diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang diadakan tidak lama lagi.

            Program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta melalui link google form yang disediakan oleh penganjur. Kemudian, para peserta perlu menyertai group whatsapp yang disediakan untuk perkembangan yang disampaikan oleh penganjur. Para peserta perlu menyiapkan poster mereka sendiri mengikut kreativiti sendiri yang bertemakan Hari Malaysia. Selepas siap, peserta perlu menghantar poster ke google form yang pihak penganjur sediakan. Poster yang dihasilkan oleh para peserta akan dinilai oleh AJK penilaian yang dilantik dan diumumkan di laman Instagram rasmi Kelab Gamelan Astanasari UniSZA.

            Secara keseluruhannya, pertandingan poster Hari Malaysia ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang hangat. Pertandingan ini bukan sahaja mendapat sambutan dari kalangan pelajar UniSZA malah turut disertai oleh peserta dari luar UniSZA. Pertandingan ini telah menunjukkan kreativiti setiap peserta dan telah memupuk semangat patriotik dalam diri mereka.

NBI/PKW/17092021

 

WhatsApp Image 2021 09 30 at 12.02.13 PM

 

 

WhatsApp Image 2021 09 30 at 12.02.29 PM