PROGRAM #PESONATARIWITHPALESTINE

 

Pada 21 Mei hingga 6 Jun 2021, Kelab Pesonatari Unisza telah menganjurkan Program #PesonatariWithPalestine bertujuan untuk menyemai nilai-nilai persaudaraan Islam di Kalangan Muslimin keseluruhannya tanpa mengira bangsa dan Batasan sempadan geografi. Program ini berlangsung selama seminggu enam hari menggunakan medium atas talian sebagai platform perantara bagi menjaga batas pergerakan semasa musim pandemik Covid-19 melanda. Selain itu, program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan kesedaran kepada para mahasiswa dan mahasiswi dalam membantu Palestine. Selain itu, program ini juga secara tidak langsung menyemai nilai-nilai persaudaraan dan perpaduan dalam diri masyarakat dalam mempertahankan hak kemanusiaan rakyat Palestin daripada penindasan Israel.

Seramai 30 peserta yang menyertai program ini dimana peserta hanya perlu menggayakan busana atau solekan yang melambangkan warna bendera Palestin dan menghantar gambar tersebut kepada Ajk Kelab Pesonatari untuk dipamerkan dalam Instagram rasmi Kelab Pesonatari Unisza. Program ini juga turut mempamerkan poster berbentuk kritikan terhadap keganasan dan penindasan Israel terhadap rakyat Palestin. Program ini dimulakan dengan penghebahan poster #PesonatariWithPalestine melalui WhatsApp dan Instagram. Peserta diberi masa seminggu untuk menghasilkan gambar-gambar yang menunjukkan sokongan Unisza dalam perjuangan rakyat Palestin.

 

WhatsApp Image 2021 10 10 at 11.28.07 AM

 

WhatsApp Image 2021 10 10 at 11.28.07 AM1

 

pesona2