Latar Belakang

Pusat Seni & Warisan mula beroperasi pada 1hb. Januari 2008. Pusat ini telah ditempatkan dibawah canseleri  UniSZA. Penubuhan Pusat Seni & Warisan ini akan memperkasakan lagi Universiti Sultan Zainal Abidin dalam bidang Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Pusat Seni & Warisan  ini berupaya menarik minat mahasiswa-mahasiswi dan kakitangan Universiti ini untuk mengembangkan lagi bakat seni dan menggunakan masa senggang dengan lebih bermakna, sekaligus dapat melahirkan graduan UniSZA dan kakitangan yang seimbang rohani, jasmani, emosi  dan  interlek serta multi-skill.

Pusat ini juga boleh memberi faedah yang besar kepada rakyat Negeri Terengganu khususnyadan Negara amnya kerana Pusat ini akan menjadi pusat sumber rujukan hasil-hasil penyelidikan, penerbitan-penerbitan ilmiah dan pendokumentasian bidang kesenian, kebudayaan dan warisan Negeri Terengganu yang boleh dimanfaatkan oleh generasi masa depan. Harapan kami agar pengwujudan pusat ini akan dapat membantu menceriakan dan menghidupkan suasana kampus serta memberi nilai tambah kepada UniSZA.